Sign in

Click here for Myspace Layouts

Isnin, 3 September 2012

Penyelesaian Masalah Bagi Cabaran dan Kekangan Dalam Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Begitu juga masalah yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam prngajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi semua pihak terutamanya pihak kerajaan hinggalah ke masyarakat setempat perlu memainkan peranan masing-masing. Semua kekangan dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada semua pihak.
Pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk member kesedaran kepada semua masyarakat tentang pentingnya penggunaan komputer bagi mempercepatkan proses pendidikan pada masa kini.
Pelancaran Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat oleh Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Oktober 1977.
Selain itu pihak kerajaan menyediakan kursus teknologi kepada bakal-bakal guru. Kerajaan juga perlu peka terhadap keperluan semasa pelajar, masyarakat serta sentiasa peka terhadap kemajuan dan perubahan teknologi global. Selain kerajaan, pihak sekolah juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Pihak pentadbir sekolah tidak boleh hanya menunding jari kepada guru-guru sahaja sebaliknya perlu mempunyai strategi untuk menggabungkan dan memantapkan pengunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru besar atau pengetua sebagai pemimpin dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu member sokongan dari segi kewangan tetapi juga memberi respon positif terhadap perubahan kesan daripada penggunaan ICT dalam prosese pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu perancangan yang jelas perlu disediakan.
Perancangan yang teratur dapat membatu mereka bentuk dan mengurus program berkaitan dengan teknologi maklumat bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara progresif dan teratur.
Seterunya pentadbir sekolah juga harus memastikan prasarana/kemudahan yang lengkap dikendalikan agar dapat digunakan secara optimum oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan agar tidak berlaku kecelaruan dan masalah penggunaan makmal komputer. Penambahan bilangan computer boleh dilakukan atas inisiatif PIBG dan pihak swasta seperti pihak pembekal. Ini akan menambah lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru sendiri memainkan peranan penting dalam mengatasai masalah kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi.
Menurut Skinner (1974) melalui teori pembelajaran behaviorisme, pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang kemudiannya diberi pengukuhan.
Teori Kognitivisme pula menegaskan bahawa pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.
Oleh itu dapat dinyatakan bahawa guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan  bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan perlu dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Sebelum pendekatan ini dilaksanakan guru perlu member pertimbangan yang teliti. Setiap perisian perlu dinilai sebelum digunakan agar ia sesuai sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga perlu membuat persediaan rapi dalam penyediaan peralatan ICT.  
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian teknologi maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru berinteraksi daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya.
Peranan pelajar juga dalam mengatasi masalah kekangan dalam merealisasikan merupakan asset yang menentukan sama ada guru dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat ini. Murid boleh berkomunikasi dengan murid di sekolah yang sama atau sekolah lain melalui e-mail untuk berkongsi maklumat untuk berkongsi maklumat yang ditemui.
Masyarakat juga memainkan peranan penting. Bagi memantapkan intergrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah harus menggunakan perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling releven untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK. Sekolah harus bijak mengaplikasikan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan perkhidmatan kepakaran.
Akhir sekali, aspek fizikal juga perlu diberi perhatian. Suasana bilik darjah perlu kondusif agar pemikiran murid-murid sentiasa terdorong dan bersedia untuk menerima pelajaran. Aktiviti pengukuhan yang sistematik akan mambantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

KESIMPULAN
Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memang mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Walaupun, terdapat pelbagai kekangan dalam merealisasikan pengajaaran dan pembelajaran bahasa Melayu, namun semua ini akan dapat diatasi dengan daya usaha semua pihak.





Kekangan Yang Dihadapi Guru Dalam Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui TMK.


Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, dasar pendidikan Negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berperanan sebagai institusi perkembangan ilmu. Pendidikan bertaraf dunia memberi satu tanggungjawab yang amat besar dan berat kepada warga pendidik untuk melahirkan generasi yang mengamalkan budaya berfikir, kritis, kreatif dan inovatif. Matlamat ini amat penting kerana hanya masyarakat yang mengamalkan budaya berfikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, dapat membantu penggunanya melakukan sesuatu perkara dengan mudah. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana bakal generasi yang berilmu dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang berkualiti serta mengikut arus perkembangan semasa. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh boleh meningkatkan tahap kemahiran murid-murid untuk mendapatkan maklumat secara berkesan.
Hjetland (1995) menyatakan bahawa,
“Technology can make our liners easier. Everyday tasks are simplified.”
Beliau juga menyetakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta penggunaan computer dalam pendidikan menjadikan ilmu mudah diakses, disebar seta disimpan dengan selamat. Kemodenan dan kecanggihan menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat dalam bentul multimedia menjadikannya sebagai satu daya penarik kepada murid-murid untu menerokanya dan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Justeru itu, profesion perguruan pada alaf ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna serta standing dengan negara-negara maju yang lain. Walaubagaimanapun dalam pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui penggunaan multimedia sahaja tidak akan member kesan sepenuhnya terhadap pembelajaran murid. Faktor guru sebagai perancang serta pelaksana merupakan faktor domain untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kemajuan teknologi hanyalah sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pelaksanaannya.
Namun begitu, melalui kaji selidik yang dijalankan menunjukkan penggunaan ICT atau TMK masih di peringkat yang kurang memuaskan. Masalah ini timbul kerana terdapat guru-guru yang takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Hal ini disebabkan aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah serta guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya. 
Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, gandingan semua pihak amat diperlukan terutamanya pihak sekolah dan pihak masyarakat. Guru perlu yakin bahawa terdapat banyak manfaat penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu mempelajari serta diberi kemahiran yang secukupnya untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan afektif.
Sebenarnya kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan dalam kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional yang bertumpukan kepada guru ke pengajaran di alam siber. Melalui kaedah ini guru-guru dapat berhubung terus dengan murid melalui kemudahan internet. Malahan ibu bapa yang sibuk bekerja juga masih boleh memantau pembelajaran anak-anak mereka.
Guru-guru yang telah lama mengajar perlu diberi bimbingan untuk mendedahkan mereka tentang kemahiran teknologi maklumat. Semua guru bertanggungjawab untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran.Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah ke pengajaran bahasa di alam siber. Melalui kaedah baru ini guru bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu negara lain.